Wednesday, 20 February 2013

RBM Aneka Dagang

RBM Aneka Dagang ditubuhkan pada tahun 1995. Pengurus syarikat ini ialah Puan Normah binti Othman. Aneka dagang membawa makna, pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan atas nama syarikat ini. Selain sambal goreng, RBM Aneka Dagang juga menjual rempeyek kacang tanah, perkhidmatan menyewa canopy dan juga catering.

Normah binti Othman

Hajah Azizah binti Maarof

Puan Normah mengambil langkah untuk mencuba menjual sambal goreng dan rempeyek. Memperlihatkan sambutan dan permintaan dari kawan-kawan, beliau meneruskan penjualan sambal goreng dan rempeyek. Malah mempelbagaikan lagi dengan menyediakan khidmat canopy dan catering. Puan Hajah Azizah atau ‘Mak Jah’ sebahagian daripada rakan kongsi beliau.

No comments:

Post a Comment